Malaysia kutuk serangan Israel terhadap kem pelarian al-Mawasi - Anwar

2024-07-14    berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto BERNAMA

SERDANG,14 Julai- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel terhadap kem pelarian al-Mawasi semalam yang mengorbankan nyawa orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata serangan berterusan itu merupakan satu kebiadaban yang diteruskan rejim zionis.

"Kebiadaban ini diteruskan kerana kegagalan negara besar mempertahankan kemanusiaan dan hak.

"Kerajaan Malaysia sekali lagi tegaskan keras mengutuk kezaliman berterusan rejim zionis Israel,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Hari Peneroka FELDA 2024 di sini.