Kerja membersih dan melupus sisa bahan terjadual siap 22 September

2024-09-11    berita.rtm.gov.myHaiPress

Kerja membersih dan melupus sisa bahan terjadual di Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika,Johor Bahru/Foto RTM

JOHOR BAHRU,11 September - Kerja membersih dan melupus sisa bahan terjadual di Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika,Johor Bahru,Johor dijangka selesai 22 September ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor,Ling Tian Soon berkata,ia susulan lokasi tersebut dikenalpasti,menjadi punca pencemaran udara,di daerah tersebut,baru-baru ini.

Kerja pembersihan dan pelupusan sisa bahan terjadual itu,akan dijalankan kontraktor dilantik.

Selain itu,orang ramai diminta tidak melakukan sebarang aktiviti berhampiran Sungai Tebrau dan Sungai Plentong,sepanjang kerja pembersihan dan pelupusan dijalankan.

Langkah tersebut adalah komitmen Kerajaan Johor,mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan orang awam.