Suhaimi Sulaiman kongsi pengalaman RTM pada HCC 2024

2024-09-18    berita.rtm.gov.myHaiPress

Datuk Suhaimi Sulaiman

JOHOR BAHRU,18 September- Program Persidangan Konsesi Lebuh Raya (HCC) 2024 menjadi pentas buat lebih 300 peserta dalam dan luar negara,mendalami pelbagai aspek pembangunan dan pengurusan lebuh raya.

Tidak terkecuali Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman hadir sebagai pembentang turut berkongsi pengalaman Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam meningkatkan jenama dan mendekatkan diri dengan pengguna.

Beliau dalam ucapan menjelaskan,konsep penceritaan dalam penghasilan sesebuah kandungan di media sosial,penting bagi memperkenalkan dan meningkatkan jenama sesebuah syarikat dalam kalangan pengguna.

"Jadi saya rasa ini kita harus dikongsi. Saya juga berkongsi bagaimana kerja-kerja penerbitan dilakukan dan mereka juga mengatakan ia mungkin telah tiba masanya berkongsi apa yang dibuat semasa atau di belakang tabir.

"Macam mana nak buat lebuh raya,potong bukit dan sebagainya. Itu akan mendekatkan jenama lebuh raya kepada pengguna," katanya semasa program HCC 2024 berkaitan Sosial Media di sini.

Dalam pada itu menurut Suhaimi setiap perkara yang dilakukan perlu diterapkan menggunakan rasa dan emosi agar ia meninggalkan kesan kepada pengguna untuk mendapatkan inspirasi serta pembelajaran dalam kehidupan.

Program yang berlangsung selama tiga hari sehingga esok dilihat sebagai medium buat pakar-pakar daripada pelbagai sudut industri,melontarkan pendapat dan berkongsi idea ke arah pemerkasaan kemudahan lebuh raya.

Program HCC kali inimemperkenalkan dua elemen baharu iaitu Hi-Way Tech Exhibition dan lawatan teknikal.