Tun Ahmad Fuzi terima Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa USM

2024-11-20    HaiPress

FOTO Pejabat Yang Di-Pertua Negeri

GEORGE TOWN,20 November 2024- Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-62 yang sedang berlangsung ketika ini.

Raja Perlis merangkap Canselor USM,Tuanku Syed Sirajudin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan anugerah tersebut pada majlis yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra.

Naib Canselor USM,Profesor Datuk Seri Dr Abdul Rahman berkata,ijazah kehormat itu sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan besar Tun Ahmad Fuzi kepada negara.

Dalam pada itu,Yang Dipertua Negeri menerusi ucaptama menzahirkan rasa syukur dan rendah diri atas anugerah berkenaan berikutan merupakan satu penghormatan besar yang dianggap amat bermakna.

Penganugerahan ini juga menyuntik semangat baharu untuk terus memberikan yang terbaik disamping mengukuhkan komitmen terhadap prinsip dan idealisme hubungan antarabangsa.