Foto fail RTM
PETALING JAYA,30 November- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan hari ini di lapan negeri iaitu Kelantan,Terengganu,Perak,Pahang,Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Johor.
METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kelantan,khususnya di Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu,Jeli,Tanah Merah,Bachok,Machang,Pasir Puteh dan Kuala Krai serta di negeri Terengganu.
Hujan lebat berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Perak (Hulu Perak),Kelantan (Gua Musang),Pahang (Jerantut,Maran,Kuantan,Pekan dan Rompin).
Selain itu,hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di negeri Perlis,Pulau Pinang,Pahang dan Johor.
"Di Perak melibatkan kawasan seperti Kerian,Larut,Matang dan Selama,Kuala Kangsar,Kinta dan Kampar),Pahang (Tanah Tinggi Cameron,Lipis,Raub,Bentong,Temerloh dan Bera) serta Johor (Segamat,Mersing dan Kota Tinggi",katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan,aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi METMalaysia.