ADUN Indera Kayangan,Gan Ay Ling melawat program Jualan Sejahtera di Tapak Pasar Malam MPK Kangar
KANGAR,4 Disember- Lebih 300 penduduk setempat tidak melepaskan peluang mendapatkan ayam segar pada harga murah bersempena program Jualan Sejahtera bagi DUN Indera Kayangan yang menawarkan sebanyak 400 ekor ayam.
Menurut ADUN Indera Kayangan,Gan Ay Ling,jualan tersebut menawarkan harga istimewa ayam segar serendah RM15 bagi dua ekor ayam bawah 1 kg,RM10 bagi seekor ayam bersaiz 1.1 kg hingga 1.2 kg dan RM8.50 per kg bagi ayam saiz 1.5 kg hingga 1.6 kg.
Inisiatif seumpama itu dilihat dapat meringankan beban ekonomi yang ditanggung oleh masyarakat setempat bagi mendapatkan barangan keperluan harian untuk seisi keluarga.
Berikutan sambutan baik diterima masyarakat,Program Jualan Sejahtera bagi DUN Indera Kayangan akan dilaksanakan secara berkala dengan kapasiti lebih besar.
Program dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Indera Kayangan dan Nas Madi Venture Sdn Bhd di Tapak Pasar Malam MPK Kangar.