Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

2024-12-11    HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,11 Disember- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada pukul 9.50 pagi,kontrak Disember 2024 merosot 9.5 mata kepada 1,599.5,Januari 2025 dan Mac 2025,masing-masing susut 9.0 mata kepada 1,604.5 dan 1,588.5 serta Jun 2025 berkurangan 3.5 mata kepada 1,598.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,539 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,175 kontrak.

Pada pukul 9.55 pagi,petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 7.72 mata kepada 1,601.25 daripada 1,608.97 semalam. - BERNAMA