Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh, disokong operasi BNM

2024-12-31    IDOPRESS

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR,31 Disember - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Selasa denganoperasi Bank Negara Malaysia (BNM) akanmenyerap lebihan mudah tunaidaripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlahRM28.29 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.03 bilion dalam dana Islam.

BNMakan menawarkan dua tender repo berbalik,iaitu tender bernilaiRM2.0 bilion untuk tujuh hari dan tender RM1.5 bilion bagi 31 hari.

Bank pusat juga akan melaksanakan tender repo berbalik Islam (SBBA) RM300 juta untuk tujuh hari,sertatender repo berbalik semalamanRM2 bilion bagi dua hari.

Selain itu,bank pusat mengumumkan ketersediaanrepoberbalik,perjanjian jual dan beli semula,serta kemudahan murabahah komoditi bercagardengan tempoh satu minggu,sebulan,dan tiga bulan.

Pada pukul 4 petang,BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM33.8 bilion dan tender semalaman murabahah RM20.3 bilion. - BERNAMA