Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

2025-06-19    HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,19 Jun- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal pada Khamis.

Pada pukul 9.18 pagi,kontrak Jun 2025 merosot 5.5 mata kepada 1,504.50,Julai 2025 berkurangan 6.5 mata kepada 1,501.0 manakala September 2025 dan Disember 2025,masing-masing berkurangan 7.0 mata kepada 1,483.0 dan 1,487.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,026 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,949 kontrak.

Kadar asas FBM KLCI merosot 3.67 mata kepada 1,508.28 selepas 36 minit dagangan daripada 1,511.95 pada Rabu lepas.- BERNAMA