Insiden bot karam di Pantai Belawai, mayat kelima ditemukan

2025-07-07    HaiPress

Mayat mangsa ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi bot karam

SARIKEI,6 Julai - Mayat mangsa kelima insiden bot karam di Pantai Belawai,di sini ditemukan kira-kira pukul 6 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sarikei,Superintenden Aswandy Anis berkata,mayat kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 3 tahun itu ditemui 300 meter dari lokasi kejadian.

Superintenden Aswandy Anis memaklumkan operasi SAR ditangguh dan akan disambung 8 pagi esok
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini ditangguhkan pada pukul 6:40 petang dan kita akan sambung pada jam 8 pagi esok," katanya.Dalam kejadian kira-kira pukul 2.11 minit petang semalam,sebuah bot yang membawa 17 penumpang warga Indonesia dilaporkan karam.

Lima disahkan lemas,6 lagi masih hilang dan 7 terselamat dalam insiden bot karam di Pantai Belawai

Dalam kejadian kira-kira 2.11 minit petang semalam,sebuah bot membawa 17 penumpang warga Indonesia karam.

Setakat ini,lima disahkan lemas dan enam lagi masih hilang,manakala tujuh berjaya diselamatkan.