Niaga hadapan emas ditutup tinggi menjelang data inflasi AS

2025-09-01    HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,29 Ogos - Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi menjelang pengeluarandata perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) lewat malam ini.

“Pasaran menjangkakan kadar inflasi PCE akan dikekalkan pada 2.6 peratus pada Julai dan inflasi PCE teras meningkat kepada 2.9 peratus pada Julai,naik daripada 2.8 peratus pada Jun,” kata Pengarah UrusanSPI Asset Management Stephen Innes kepada Bernama.

Pada penutup dagangan,kontrak semerta bulan Ogos 2025 meningkat kepadaUS$3,407.50 setiap auns troy daripadaUS$3,402.30 ketika ditutup pada Khamis.

Kontrak September 2025 naik kepadaUS$3,420.40 setiap auns troy daripadaUS$3,407.70 ketika ditutup semalam,Oktober 2025 menokok kepadaUS$3,449.90 setiap auns troy daripada US$3,437.20 sebelumnya,dan November 2025 menambah kepada US$3,466.70 setiap auns troydaripadaUS$3,454.30.

Kontrak Disember 2025,Februari 2026 dan April 2026 semuanya ditutup lebih tinggi padaUS$3,487.10 setiap auns troy berbandingUS$3,474.40 setiap auns troy pada Khamis.

Jumlah dagangan merosot kepada empat lot daripada 18 lot semalam,manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 33 kontrak daripada 49 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada padaUS$3,407.65 setiap auns troy mengikut penetapanLondon Bullion Market Association pada 28 Ogos.- BERNAMA