Amaran ribut petir, hujan lebat di Melaka, Johor hingga 2 petang ini

2025-12-02    HaiPress

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR,2 Disember - MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang di dua negeri di seluruh Melaka dan Johor hingga pukul 2 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan,cuaca buruk itu dijangka melanda Johor melibatkan kawasan Tangkak,Muar,Batu Pahat,Kluang,Mersing,Pontian,Kulai,Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.