Op Kesan 6.0 : KPDN Selangor keluarkan sembilan notis

2026-06-02    HaiPress

Foto ihsan KPDN Selangor

SHAH ALAM,1 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mengeluarkan sembilan notis terhadap peniaga di negeri itu menerusi Op Kesan 6.0 dalam memastikan tiada kenaikan harga yang tidak munasabah berikutan situasi global.

RINGKASAN BERITA AI

Muhamad Hanif berkata individu atau syarikat yang didapati menaikkan harga secara tidak munasabah dan tidak sejajar dengan perundangan pencatutan bakal berhadapan tindakan tegas termasuk hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau berkata KPDN Selangor terbuka untuk memberikan nasihat berkaitan prinsip asas dan mekanisme penentuan pencatutan bagi memastikan peniaga sentiasa peka dengan undang-undang yang sedang dikuatkuasakan. – BERNAMA