Lubnan-Israel tandatangan perjanjian rangka kerja damai

2026-06-27    HaiPress

Foto AFP

WASHINGTON,27 Jun – Lubnan dan Israel pada Jumaat secara rasmi menandatangani perjanjian rangka kerja damai bagi menamatkan perang di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI

Dalam pada itu,utusan Israel ke AS,Yechiel Leiter menegaskan bahawa di bawah perjanjian ini,jalan menuju perdamaian antara Israel dan Lubnan kini terbuka.

Krisis di Lubnan bermula pada 2 Mac lalu apabila Hizbullah melancarkan serangan roket ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Pemimpin Tertinggi Iran,Ayatollah Ali Khamenei,dalam serangan udara oleh AS dan Israel.

Israel membalas serangan tersebut dengan operasi udara secara besar-besaran dan pencerobohan darat.

Sehingga kini,tentera Israel masih menduduki sebahagian besar wilayah selatan Lubnan dan melakukan kemusnahan meluas ke atas kediaman serta bangunan di kawasan terbabit.

Berdasarkan data pihak berkuasa Lubnan,konflik berkenaan telah menyebabkan lebih satu juta rakyat Lubnan hilang tempat tinggal dan meragut lebih 4,200 nyawa.- AFP