Pilihan Raya Kazakhstan: Lebih 8.2 juta pengundi tunai tanggungjawab

2026-08-24    HaiPress

Foto AFP

MOSCOW,24 Ogos – Kadar keluar mengundi dalam pilihan raya pertama Kazakhstan bagi Qurultay,Parlimen baharu yang terdiri daripada satu dewan,mencecah 65.37 peratus setakat 4 petang waktu tempatan (1100 GMT) pada Ahad,mengatasi kadar yang dicatatkan pada pilihan raya Parlimen terakhir pada 2023,menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC).

RINGKASAN BERITA AI

Kadar keluar mengundi pada pilihan raya 2023 bagi memilih anggota dewan rendah Parlimen Kazakhstan,Mazhilis,ialah 54.21 peratus.

Pilihan raya pada 23 Ogos itu merupakan pilihan raya Parlimen pertama yang diadakan di bawah Perlembagaan baharu yang diluluskan menerusi referendum awal tahun ini.

Perlembagaan baharu itu memansuhkan Parlimen dua dewan sebelum ini dan menggantikannya dengan Qurultay yang terdiri daripada satu dewan dengan 145 anggota.

Kesemua 145 kerusi dipertandingkan menerusi senarai parti,dengan pengundi memilih antara tujuh parti politik berdaftar.

Tiada ambang minimum kadar keluar mengundi bagi pilihan raya Parlimen,yang bermakna pilihan raya itu dianggap sah tanpa mengira jumlah pengundi yang mengambil bahagian.- BERNAMA-ANADOLU