Anwar lantik empat individu anggotai Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

2024-11-18    HaiPress

Pejabat sekretariat SPK mengumumkan pelantikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu dibuat berdasarkan Seksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

KUALA LUMPUR,18 November - Empat individu telah dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) yang baharu bagi tempoh dua tahun bermula 1 November lalu.

Antara individu yang dilantik adalah bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun,bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali,bekas Hakim Besar Negeri Sarawak Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Madya Dr Hartini Saripan.

Pejabat sekretariat SPK mengumumkan pelantikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu dibuat berdasarkan Seksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

"Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Nov 2024 hingga 31 Okt 2026," menurut kenyataan sekretariat SPK hari ini.

Sebelum ini Md Raus Sharif,Suriyadi Halim Omar,Abdul Razak Tready dan Profesor Shamrahayu Ab Aziz dilantik sebagai anggota SPK yang tamat tempoh pada 3 September.

"SPK merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan anggota SPK terdahulu," katanya.