
Perdana Menteri menyampaikan Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul kepada Pengasas Kumpulan Weststar Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim (dua,kiri) pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di UPM/ BERNAMA
SERDANG,25 Ogos – Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Weststar,Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 2026 bagi kategori Tokoh Perdana.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Jadi,mahu tidak mahu,saya menerimanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih”,katanya semasa sidang media di sini.
Tan Sri Dr Syed Azman terpilih atas sumbangan beliau menerusi pelbagai inisiatif kebajikan merangkumi infrastruktur komuniti,bantuan bencana dan sokongan kepada rumah anak yatim.
Meskipun tidak sering menonjolkan diri dalam ruang media,Tan Sri Dr Syed Azman berpandangan pendekatan itu selari dengan prinsipnya yang lebih suka bekerja di belakang tabir.
Beliau juga yang merupakan bekas Pegawai Risik Tentera turut mengekalkan hubunga baik dengan komuniti veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan terlibat dalam program kebajikan veteran serta inisiatif kesihatan dan perlindungan sosial bagi membantu anggota yang terkorban atau hilang upaya.
Penganugerahan terhadap beliau pada hari ini mencerminkan komitmennya kepada pembangunan komuniti Islam dan masyarakat secara keseluruhan.