Harga minyak sawit diramal berlegar antara RM4,000 hingga RM5,000 setan tahun hadapan

2024-12-06    HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,6 Disember- Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) meramalkan harga minyak sawit berlegar antara RM4,000 hingga RM5,000 setiap tan,tahun hadapan.

Unjuran julat harga itu berdasarkan pengeluaran yang tidak stabil di pasaran utama,khususnya Indonesia dan Malaysia.

Permintaan global yang meningkat akan menyebabkan ketidakstabilan pengeluaran.

Ini berkemungkinan mengakibatkan kekurangan bekalan,lantas mendorong harga lebih tinggi.

Ketika ini,paras harga semasa sekitar RM5,000 satu tan,mungkin bersifat sementara.

Sebahagian besarnya disebabkan peningkatan sentimen pasaran,yang dipengaruhi bencana banjir.

Cuaca tidak menentu dan pengembangan terhad ke kawasan ladang baharu dijangka menjejaskan lagi bekalan global dan memacu kenaikan harga.

Sementara itu,usaha sedang dijalankan untuk membawa Thailand,pengeluar minyak sawit ketiga terbesar dunia,menyertai CPOPC.

Penyertaan Thailand membolehkan negara anggota mengawal sehingga 95 peratus pengeluaran minyak sawit global dan mengukuhkan lagi pengaruh dalam pasaran.