Harga sayur dijangka stabil Mac depan - Mohamad Sabu

2024-12-18    IDOPRESS

Faktor cuaca penyebab utama kepada kenaikan harga sayur di pasaran/Foto Facebook Mohamad Sabu

TUMPAT,18 Disember - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan harga sayur akan kembali stabil menjelang Mac 2024 selepas berakhirnya Monsun Timur Laut (MTL).

Menterinya,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata,cuaca tidak menentu ketika ini menyebabkan bekalan sayur berkurangan,sehingga mengakibatkan kenaikan harga sehingga empat kali ganda.

Menurut beliau,situasi tersebut adalah perkara biasa setiap kali musim tengkujuh melanda.

"Memang apabila berlaku keadaan begini,harga sayur akan turun naik. Kita akan cuba menanganinya dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan kestabilan harga. Biasanya,perkara ini tidak berlarutan lama," katanya dalam sidang media di Dewan Terbuka Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Bunga Raya di sini hari ini.

Terdahulu,beliau turut menyampaikan Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST) Fasa 2 kepada 10,628 pesawah di Kelantan yang terjejas akibat banjir.

Bantuan tersebut melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM6.3 juta.

Sebelum ini,media melaporkan pengeluaran sayur di kawasan tanah tinggi Lojing terjejas sehingga 40 peratus akibat hujan berterusan sejak bulan lalu.

Pada masa sama,suhu yang terlalu sejuk sehingga mencecah 7 darjah celsius pada waktu malam serta 19 darjah celsius waktu siang turut merencatkan dan merosakkan tanaman sayur-sayuran berkenaan.


Keadaan itu menjadi penyebab utama kepada kenaikan harga sayur di pasaran.