Rakyat Malaysia yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi amat digalakkan untuk berbuat demikian
ISLAMABAD,7 Mei-Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Pakistan buat sementara waktu.
Kenyataan Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad memaklumkan,pihaknya sedang memantau dengan teliti keadaan di Pakistan susulan serangan peluru berpandu India di Wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan.
"Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut serta memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara tersebut"
"Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa memandangkan keadaan keselamatan yang tidak menentu di sana," kata kenyataan tersebut.
Rakyat Malaysia yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi amat digalakkan untuk berbuat demikian melalui laman web e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my/login
Untuk bantuan konsular,rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi di talian +92 51 207 2900 ext. 123 atau 125,atau melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.