Syarikat Kyrgyzstan jual 300 kg emas bernilai US$36 juta kepada syarikat Malaysia

2025-07-01    IDOPRESS

Foto Bernama

BISHKEK (Kyrgyzstan),30 Jun - Kyrgyzaltyn OJSC telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dan kontrak jual beli emas dalam bentuk jongkong dengan Public Gold Marketing Sdn Bhd,menurut syarikat itu.

Menurut Agensi Berita Kebangsaan Kyrgyz (Kabar),MoC itu ditandatangani sempena lawatan rasmi Presiden Sadyr Zhaparov ke Malaysia dari 24 hingga 25 Jun lepas.

Kyrgyzaltyn telah memeterai perjanjian dengan syarikat Malaysia,Kumpulan Public Gold,bagi jual beli 300 kilogram (kg) emas Kyrgyz dalam bentuk jongkong emas satu kg pada tahun 2025 dengan jumlah keseluruhan sekitar US$36 juta.

Setakat ini,50 kg jongkong emas daripada 300 kg itu telah pun dijual dengan nilai US$5.6 juta.

Sebagai sebahagian daripada MoC ini,Kyrgyzaltyn merancang untuk mempelajari pengalaman penyelesaian pemasaran syarikat Malaysia itu dalam penjualan jongkong emas,termasuk penggunaan mesin layan diri bagi penjualan emas secara tanpa sentuhan.

Pemeteraian dokumen ini dengan pihak Malaysia merupakan peristiwa penting bagi pembangunan perdagangan antara Republik Kyrgyz dan Malaysia,serta membantu mengukuhkan kedudukan Kyrgyzaltyn dalam pasaran antarabangsa khususnya di rantau Asia Tenggara (ASEAN).- BERNAMA