
GAMBAR HIASAN/RTM
KUALA LUMPUR 4 MAC – Prinsip PUSH yang merangkumi keamanan,perpaduan,kestabilan dan keharmonian akan menjadi pendekatan baharu Kementerian Perpaduan Negara dalam memperkukuh perpaduan nasional.
RINGKASAN BERITA AI
−
Timbalan Menteri Perpaduan Negara,R. Yuneswaran berkata pendekatan itu selaras dengan Titah Yang di-Pertuan Agong yang memberi penekanan terhadap kesejahteraan rakyat,integriti tadbir urus serta ancaman moden yang semakin kompleks.
“Ancaman keselamatan digital,manipulasi maklumat,penyalahgunaan teknologi seperti deepfake serta eksploitasi isu sensitif berkaitan bangsa,agama dan Raja atau 3R perlu ditangani secara lebih holistik dan berpandangan jauh,” katanya demikian ketika menggulung perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara.
Tambahnya,selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas,kementerian akan memberi fokus kepada usaha membina negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah,dengan perpaduan sebagai asas utama kestabilan nasional.