688 kuil operasi tanpa kebenaran di Selangor

2026-04-24    HaiPress

V Papparaidu menjawab soalan wakil Kota Kemuning di Sidang DUN Selangor. Foto BERNAMA

SHAH ALAM,24 April – Sebanyak 688 kuil Hindu di Selangor dikenal pasti beroperasi tanpa kebenaran manakala hanya 285 kuil telah diwartakan dan berdaftar setakat April tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI

Menurutnya,pendekatan itu diambil bagi memastikan penyelesaian yang lebih tersusun,praktikal dan selaras dengan keperluan perundangan serta keharmonian masyarakat.

“Sebarang permohonan pemberimilikan dan pewartaan tanah perlu mematuhi peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965.  Setiap permohonan juga akan dinilai secara menyeluruh oleh jabatan teknikal berkaitan dengan mengambil kira status tanah,zon guna tanah serta keperluan teknikal sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan pihak berkuasa negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pertanyaan ADUN Kota Kemuning,S. Preakas mengenai kuil dan tanah RIBI pada Sidang Dewan Selangor,di sini.