LRT Laluan Kelana Jaya: 26 tren baharu beroperasi sepenuhnya pada 2031

2026-05-20    HaiPress

Ketua Pegawai Operasi LRT Rapid Rail,Nor Azmi Mohd Yusof

SUBANG,20 Mei – Sebanyak 26 tren baharu bagi Laluan LRT Kelana Jaya akan diganti secara berperingkat menjelang 2031 bagi memperkukuh tahap kebolehpercayaan perkhidmatan rel berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI

Sementara itu,Rapid Rail turut mempertingkatkan kerja penyelenggaraan Laluan LRT Kelana Jaya termasuk menggantikan komponen tren lebih awal daripada jadual susulan gangguan operasi berulang.

Katanya,Rapid Rail melaksanakan kerja penyelenggaraan berdasarkan keadaan semasa komponen dan tahap kehausannya,bukan hanya mengikut tempoh yang ditetapkan pengeluar.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa tren yang berusia adalah penyumbang kepada kegagalan,tetapi bukan semua tren yang mengalami gangguan adalah atas faktor usia.

“Ada juga kerosakan yang dianggap pengguna sebagai sistem rosak,tetapi sebenarnya berpunca daripada ketidakstabilan sistem yang sedang dinaik taraf,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gangguan perkhidmatan berulang di Laluan Kelana Jaya termasuk insiden kabel bateri cair pada 12 Mei lalu.