
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,9 Jun – Usaha memperkukuh rantaian bekalan domestik,meningkatkan pengeluaran tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada import bagi barangan tertentu dilihat sebagai benteng dalam meningkatkan daya tahan ekonomi negara bagi menghadapi ketidaktentuan global pada masa hadapan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam pada itu,beliau turut berpandangan bahawa sektor makanan antara sektor yang perlu diberi perhatian memandangkan sebahagian rantaian bekalannya masih dipengaruhi perkembangan di peringkat antarabangsa.
“Sekiranya berlaku gangguan terhadap bekalan komoditi penting seperti gandum,jagung,minyak masak,baja atau makanan ternakan di pasaran global,ia boleh memberi tekanan kepada kos pengeluaran makanan tempatan.
“Sehubungan itu,usaha memperkukuh rantaian bekalan dan meningkatkan keupayaan pengeluaran domestik penting bagi memastikan bekalan makanan negara kekal stabil serta mampu memenuhi keperluan pengguna,” katanya.