Asatizah muda benteng pertahan, bimbing akidah masyarakat – MB Negeri Sembilan

2026-06-25    HaiPress

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Aminuddin Harun pada Himpunan Asatizah Muda (HAMKA) / Foto RTM

SEREMBAN,25 Jun– Golongan asatizah muda perlu berperanan sebagai benteng utama dalam mempertahankan akidah dan membimbing masyarakat,menghadapi cabaran era digital yang semakin kompleks.

RINGKASAN BERITA AI

Selain itu,Datuk Seri Aminudidn turut menggesa asatizah muda supaya membawa pendekatan Islam yang sederhana,rahmah dan menyatukan,di samping memelihara adab ketika berlaku perbezaan pandangan.

Katanya lagi,dakwah kini tidak boleh tertumpu di masjid dan surau semata-mata,sebaliknya perlu diperluaskan ke pelbagai medium termasuk media sosial,institusi pendidikan,tempat kerja dan ruang digital agar masyarakat khususnya generasi muda terus mendapat bimbingan berasaskan ilmu yang sahih.