KDN terus perhebat operasi gempur PATI walaupun depot tahanan lebihi kapasiti

2026-07-27    HaiPress

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,27 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan terhadap pendatang asing tanpa izin dan warga asing yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 walaupun 19 depot tahanan jabatan berkenaan kini beroperasi melebihi kapasiti.

RINGKASAN BERITA AI

Bagaimanapun,KDN sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menambah baik pengurusan depot termasuk aspek kebajikan dan kemanusiaan sambil menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara konsisten tanpa kompromi.