
Foto REUTERS
RENO,24 Ogos – Kira-kira 42,000 penduduk diarahkan berpindah selepas kebakaran hutan yang dipacu angin kencang merebak pantas dan menghampiri bandar Reno di Nevada,barat Amerika Syarikat,pada Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
−
Imej yang dimuat naik pasukan bomba tempatan di X turut menunjukkan api marak serta kepulan asap tebal menjulang dari kawasan pergunungan yang menghadap bandar berkenaan.
Gabenor Nevada,Joe Lombardo,mengisytiharkan darurat di Washoe County,lokasi Reno,susulan ancaman kebakaran yang semakin hampir ke kawasan kediaman.
Perintah darurat itu menyatakan Hawk Fire “merebak dengan pantas dan mengancam kediaman serta struktur binaan”.
Sementara itu,Ketua Bomba Reno,Richard Edwards,menggesa penduduk supaya bersiap sedia untuk berpindah serta-merta sebaik sahaja diarahkan,atau berbuat demikian lebih awal sekiranya keadaan semakin buruk.
“Ini adalah kejadian yang sangat dinamik kerana kebakaran dipacu angin. Kebakaran yang didorong angin bergerak dengan sangat pantas ke kawasan perumahan,” katanya.
Reno terletak di barat laut Nevada,berhampiran sempadan California serta kawasan pelancongan Lake Tahoe di banjaran Sierra Nevada.
Pihak berkuasa terus memantau perkembangan kebakaran dan menggesa penduduk supaya mematuhi arahan pemindahan bagi memastikan keselamatan mereka. – AFP.